YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profileg
YAZID HAMKA

@yazid_hamka_

Diploma Tahfiz wal Qiraat · Degree Quran Sunnah · Penulis Buku Sirah

ID:1295640868355862528

linkhttp://instagram.com/yazid.hamka_ calendar_today18-08-2020 08:37:20

11,6K Tweets

28,9K Followers

414 Following

YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Cari masa untuk bersama al-Quran.

Jangan tunggu masa lapang, baru tercari-cari al-Quran.

Jadikan al-Quran sebagai prioriti dalam hidup, kerana di akhirat nanti dia yang akan datang membela kita, ketika tiada sesiapa yang sanggup membantu.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Ada yang berminat untuk sertai sekiranya saya membuka kelas pengajian hadis atas talian?

Syaratnya:
1. Fokus belajar
2. Belajar hingga khatam

Kitab: Taysir Mustolah al-Hadith

Nota disediakan.
Kelas: 2 kali seminggu, waktu malam.
Yuran: RM50 per bulan

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Bagaimana caranya punyai self-esteem yang tinggi...

Bagaimana caranya yakin dengan diri sehingga tidak direndah-rendahkan...

Ada sesiapa yang boleh berikan perkongsian atau nasihat tentang hal ini?

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

'Sabarlah keluarga Yasir, bagimu syurga di sana.'

[Al-Tabarani, al-Mu'jam al-Awsat, 1508]

Apa yang berlaku kepada keluarga Yasir?

account_circle
Fatimah NK(@FatimahNK__) 's Twitter Profile Photo

Setuju komen ini.

Bila ada ilmu, wajar kita berkongsi bukan dalam nada ‘menyindir, menghina, mengherdik’ atau membodohkan sesiapa.

Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Begitulah, tak semua kita tahu. Bila kita tahu, berkongsilah dengan niat mencerahkan, bukan memerli❤️

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Isteri, menurut al-Quran, adalah pakaian bagi suami. Begitu juga suami adalah pakaian bagi isteri.

Pakaian sifatnya melindungi. Ketika kesejukan, pakaian memberikan kehangatan. Ketika kurang keyakinan, pakaian memberikan kekuatan.

Pakaian yang cantik pastinya mendamaikan.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

“Bila saya marah,'

kata Abu Darda' kepada sang isteri,

'tenangkan saya. Bila awak marah, saya tenangkan awak. Kalau tak buat macam ini, pasti cepat kita berpisah.”

- Ibn Hibban, Raudhatul ‘Uqala’ & Ibn ‘Asakir, Tarikh Dimasyq.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Kita boleh nampak dengan jelas kekejaman Zionis sekarang.

Bayangkan macam mana kekejaman mereka nanti, bila ketua mereka adalah Dajjal sendiri.

account_circle